Karipap Sardin

Karipap Sardin Sedap 70 - 80 biji



Bahan-bahan Doh

  • 1 kg tepung gandum 
  • 1 cawan air 
  • 1 cubit garam
  • 50g majerin
  • 20 ml minyak masak yang dipanaskan
Bahan-bahan Inti Sardin
  • 1 tin besar sardin
  • 2-3 biji kentang di potong dadu-direbus sehingga lembut
  • 1 labu bawang besar (potong dadu)
  • Garamsecukup rasa
  • 3 biji cili padi-(racik halus)
  • 2 sudu besar air perahan limau nipis / asam keping
Cara menyediakan Doh:

Masukkan garam kedalam 1 cawan air
Campurkan kesemua bahan - bahan untuk membuat doh dan gaulkan sehingga sebati
Doh yang sebati akan menjadi kuning cair keemasan

Cara menyediakan Inti Sardin:

  1. Tumiskan bawang besar dan cili padi
  2. Masukkan sardin serta kentang yang direbus empuk dan gaulkan sehingga sebati
  3.  Masukkan air perahan limau nipis / asam keping untuk menghilangkan bau hanyir ikan sardin
  4. Masukkan garam secukup rasa dah gaulkan sehingga kesemua bahan - bahan sebati dan kering sedikit
*Jangan masukkan inti yang terlalu basah ke dalam doh kerana doh akan menjadi lembik boleh menyebabkan bocor
* Untuk memudahkan serta mempercepatkan proses kelim karipap, gunakan tekap karipap yang pelbagai jenis boleh didapati di semua pasaraya. 

Kuih Siput

 Kuih Siput Sedap untuk 1kg


Bahan - Bahan:
  • 1 kg tepung gandum
  • 1 biji telur 
  • 50gm margerine 
  • 1 cubit jintan manis 
  • 2 sudu besar udang kering 
  • 50g cili boh
  • 2 labu bawang besar
  • Daun kari secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 kotak kecil Santan
Cara menyediakan:
  1. Kisarkan bahan - bahan (4 - 9)
  2. Campurkan bahan - bahan yang dikisar bersama - sama tepung , telur, majerin dan gaulkan sehingga sebati.
  3. Tambahkan santan sedikit demi sedikit supaya doh menjadi lembut
*Jangan terlalu banyak santan nanti doh menjadi melekit